Tuesday, October 14, 2008

Weekend



Hujung minggu, aku tidak balik ke kg halaman aku kerana aku menjangkakan kesesakan yg sentiasa berlaku dalam perjalanan dr Kuala Pilah ke Kuala Lumpur pada setiap minggu pertama awl bulan. Tambahan lagi, ketika ini semua umat islam masih dalam mood raya. So, weekend aku, diisi dengan memasak dan mengemas rumah selain menonton televisyen sambil mendengar lagu. Dulu aku x pernah memasak tatkala arwah nenek ada, aku Cuma membantu arwah mengupas bawang dan menyediakan bahan2 masak. Sama juga, ketika ibuku berada di dapur. Aku hanya menolongnya dengan menyediakan bahan2 masakan. Setelah semuanya siap, ibuku shj yg bertanggungjawab memasak semua hidangan untuk kami sekeluarga. Bukan aku x kesian pada ibu ku, tp aku mmg rasa malas kerana masakan ibuku adalah terbaik dan paling sedap di dunia. Jika aku masak pastinya hilang selera kami sekeluarga. Tambahan lg, aku x berani betul terima kritikan dr ayah aku. Walaupun sebenarnya, ayah aku Cuma berhasrat untuk memberi perangsang pada aku di masa hadapan kelak menjadi isteri. Seorang isteri haruslah pandai memasak.
Then bila aku belajar berdikari di sini, aku mula menunjukkan bakat aku untuk memasak. Tambahan lagi, aku dikurniakan adik2 baru. Aku mula merasa ada tanggungjawab yg harus aku buat. Aku harus belajar memasak, memberi contoh dan teladan yg baik buat adik2 aku. Walaupun, aku boleh sj mengendahkan adik2 aku tu, sebab mereka bukan ada pertalian darah dengan aku. Tapi, aku mula ada perasaan sayang dan kasih pada adik2 aku. Aku rasa bertanggungjawab sebagai seorang kakak. Mungkin org di sekeliling aku anggap aku x relevan buat kerja sia2. Tetapi pada aku, aku rasa bertuah sebab aku dipertanggungjawab menjadi seorang kakak kepada adik2nya. Ntah bila perasaan kasih dan sayang tuh wujud terhadap adik2 aku. Masa berlalu cukup pantas sekali, aku pun dh mula rapat dan mesra dengan adik2 aku. Kadang2, aku rasa nk ckp pada adik2 aku bahawa aku nk sj jdkan mereka adik2 aku. Tapi, siapalah aku bagi mereka. Aku pun x mampu nak beri mereka ape2. Pastinya aku x layak untuk mereka. Oleh itu, impian dan keinginan aku biarlah menjadi impian ku shj yg ingin mempunyai adik2 perempuan. Sebenarnya, dalam hati aku, aku ingin benar punya adik dan kakak. Aku x pernah merasainya. Aku puteri kesayangan keluarga ku. Teman aku dr kecil sehingga kini hanyalah akak dan adik sepupu ku yg menjadi teman berbicara dan sepermainan dengan ku. Alhamdulillah, ketika aku sampai di sini, aku punya adik2…aku rasa seronok sgt. Aku sayang sgt pada adik2 aku.
Oh lupe pulak nak cerita, hujung minggu yg lalu, aku dan adik ku berjogging dr kawasan perumahan ku sampai ke UM. Wah, best sgt!!! lama dh aku x berjogging. Rasa sihat plak dan bersemangat setelah bersenam. Mujur adik aku nk teman aku bersenam. Kami makan di kampus UM. Jarak nye x lah jauh sgt..dlm setengah jam dr rumah aku hingga ke UM.

Mmg seronok sgt. Tgh hari tuh pulak, aku memasak dibantu pula dengan adik2 aku. Kami memasak sup ayam, kangkung goreng, sambal belacan, ikan berlada, sambal ikan bilis dan minuman air sirap sebagai penghapus dahaga.
Byk btl kami makan, adik2 aku pun rasa gembira dengan menu istimewa pada hari tuh..Aku pun bersyukur sgt, aku Cuma harap adik2 aku gembira shj. Petang tuh, kami gembira sgt sambil membuat riadah ringan bersama2. Maghrib diisi dengan solat dan akhirnya isyak sampai lah keesokan harinya. We just continue with our daily life.
Ape2 pun korang, aku rasa seronok sgt, sebab aku dh ada adik. Aku Cuma harap aku punya kakak yg baik. Teringin plak nak ada kakak…mesti best..hehehe.

No comments: