Friday, July 25, 2008

Learning Cycle..

Proses Pembelajaran..

Salam semua, sekadar berkongsi cetusan fikiran, rasa dan pengalaman..
Walau apepun ada di antara anda yg menyokong atau sebaliknya, terpulanglah..
Ni Cuma cetusan fikiran dan pendapat sy sj..

Statement KL adalah tempat terbaik punca rezeki ??

Sbg seorang yg bebas mempunyai pendapat masing2..sy rasa sy x sokong statement tuh sebab di mana2 tempat pun punca rezeki mmg ada, KL bukan lah tempat terbaik punca rezeki. Ini Cuma sebabkan pembangunan lebih kepada di sana. Kilang2 gah didirikan di sana, syarikat2 gergasi, korporat semua nya di sana walaupun kawasan KL tuh kecik amat semua tumpu kat citu hingga ramai sgt pendatang asing izin atau tanpa izin berada di sana. Then generasi muda mcm sy x da pilihan terpaksa jgk pergi sana mencari rezeki.
Manusia memang perlu memilih kenapa setiap kali graduan yg dipersalahkan sebab memilih kerja walhal jika ada pembangunan di tempat kami. Kami x ingin berhijrah ke sana mencari rezeki, lebih baik kami berkhidmat di negeri kami sendiri jika kami diberi layanan yg sama di KL atau ‘gaji patut’ . Kenapa setiap kali tuduhan pasti dilempar kepada generasi muda yg mengatakan memilih kerja. Bukankah Allah juga memberi pilihan kpd manusia memilih sama ada baik atau buruk hidup kita, kita lah yg tentukan..kenapa bab2 pekerjaan, kita pulak yg dipersalahkan??Lepas tuh kita dengar plak, semua generasi muda x nak duduk di desa berhijrah..kita x da pilihan..sebab tuhlah bila kerajaan sedar kerajaan bantu graduan berniaga di desa masing2..bantu mewujudkan lebih peluang perniagaan. Apa boleh sy buat, sy x da ape2 pun Cuma sekadar mencurahkan cetusan fikiran..
Hai, teringin nak sandang jawatan Menteri kelak, bantu golongan graduan dan yg memerlukan bantuan…
Munkin sy terlalu memikirkan sgt hal2 nih..letih fikir kan keadaan masa sekarang dan akan datang, tp x berkemampuan. Andai sy berjaya kelak, pasti wadah utama yg sy akan sy perjuangkan membantu org yg memerlukan..InsyaAllah..

Thursday, July 24, 2008

Kawan sy dr Terengganu dtg KL..


gaya lapar sgt,lama x makan KFC..hehehe


kawan sy dr terengganu dtg interview di pj penuh dgn pengharapan tp kami telah ditipu oleh syarikat tersebut, sy plak jatuh di kaki lama di pudu..hai malang btl nasib kami..sementara tunggu kawan sy bertolak balik ke terengganu sempat singgah di KFC makan sekali di KFC pudu raya..sejak konvo hari tuh x bertemu akhirnya kami bertemu walaupun parents kwn sy x galakkan dia dtg tp dia berkeras jgk nak dtg, tapi hasilnya yg ado..sabar jelah LILY..hidup ada up and down, yg penting sabar dgn ujian..

Jogging Di Taman Bukit



tangga yg biasa org wat senaman..byk daun kena hati2..


jalan bukit, letih lor..jalan je padahal bertahun dh x jog sejak cedera pd lutut masuk seni pertahan diri

letih sampai hari ini sebab lama dh x jogging..sibuk dgn kerja harian...sakit segala sendi n tulang..Tapi seronok sebab jumpa kwn sy dr Rusia yg pulang bercuti serta kawan yg akan konvo bulan nih..Mereka semua adalah bakal doktor pada masa akn datang..pasni senang lah nk mintak nasihat jika ada masalah kesihatan.InsyaAllah..lama dh x jumpa kwan sy sejak di tingkatan lima lg..sampai sekarang..dia masih lg mcm dulu hebat seperti dulu dan makin cantik dan putih sekarang.

Sunday, July 20, 2008

Kucing Rumah Sy




Ayam Jantan yg sering wat kecoh kat luar rumah...

Monday, July 14, 2008

Gembirakan Hidup Ini

Disini kunyatakan semua,
Cerita kehidupanku,
Telah tempuhi hidup yang sukar ku terima,

Tapi ku mampu laluinya,
Merempuh suka dan duka,
Dengan tenang hati ku telan pahit manis kehidupan.

Sekiranya,
Ku tak mampu,
Halangi semua,
Pasti ku hampa.

Sekiranya,
Ku tak bersedia,
Akan ku pulang ke asal ku,
Tapi ku tak rela.

Kerna ku sorang manusia,
Yang tak suka pada duka,
Kerna ku saying gembira,
Gembirakan hidup ini.

Kerna ku tahu inginku,
Apa yang aku inginkan,
Akan ku capai segala,
Segala yang diinginkan
Demi kehidupanku….

Friday, July 11, 2008

Al-Quran

Salam semua..
Sedar x sedar, kita dh pun sampai ke p'tengahan tahun hampir tuju akhir tahun dan bulan ramadhan..
Tanggal 7-11julai berlangsung majlis tilawah al-Quran yg ke 51..sedang sy mendengar bacaan ayat2 suci al-Quran sebak di hati sy mengalirkan air mata..yelah mane x sedih dulu zaman Nabi Muhammad SAW ada, baginda sentiasa berada di sisi umatnya ketika mereka berada dlm kesusahan, kesedihan..Tapi sekarang Nabi Muhammad telah wafat meninggalkan kita..Yelah sy sedih sebab bayangkan kalau sy wujud ketika zaman Nabi, pasti Nabi akan sentiasa menasihati sy, mengajar sy apa erti semua kesedihan yg kita lalui..
Ape2pun masa dh berlalu x kan kembali, cuma sy sentiasa ingat..hanya ada 2 perkara yg telah ku tinggal untuk mu iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasullullah..
Sedih fikirkan zaman sekarang nih,macam2 perkara berlaku..kalau Rasullullah masih ada, pasti baginda berasa sedih dgn umatnya..Ummati, Ummati,Ummati.

~end point : mengimbau kembali ajaran Rasullullah SAW..

Thursday, July 3, 2008

Tanggal 3 Julai




Salam semua...

Tanggal 3 julai merupakan tarikh sy dilahirkan di dunia yg fana ini..Alhamdulillah, Allah panjangkan usia selama 24 tahun berada di muka bumi Allah..Alhamdulillah.
Hari ini meningkat lagi usia sy..Syukur kpd Allah sy masih dikurniakan kesihatan yg sempurna dr Allah untuk menunaikan ibadatnya dan InsyaAllah sentiasa mengingati Allah dan patuh pd ajaranNya.

Sy harap sy menjadi seorang muslimah yg sentiasa patuh pd Ajaran Allah, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Sentiasa mengharapkan kejayaan yg cemerlang di dunia dan di akhirat InsyaAllah. Tabah menghadapi ujian Allah di muka bumi dan sentiasa mengharapkan terbaik dr Allah. InsyaAllah..

Sekian..
Wassalam..

Tuesday, July 1, 2008

Always Believe Hardship Made us Success




Lost word to say due to my downess..
I would like to upload those pic for view..
k lah..bye