Hari Sabtu sepatutnya aku telah membuat rancangan dengan rakan sekerja aku untuk berjalan2 di sekitar Kuala Lumpur. Namun demikian, kita tahukan pepatah ada menyebut, kita hanya mampu merancang ttp Allah tentukan segalanya. Rancangan aku mengajak kawan ku untuk menemani ku membeli belah terpaksa dibatalkan. Selain itu, rancangan aku ingin mengambil buku dr kawan ku di KLCC mujur berjalan lancar. Sebenarnya, aku telah berdusta pada akak aku. Aku kata aku hendak berjalan2 dengan kawan ku di KLCC tp sebenarnya tidak. Aku telah membohonginya. Aku rasa bersalah sgt, tp aku sedar perbuatan aku bukanlah niat untuk membohonginya. Aku buat ats kerelaan aku sendiri. Aku x mahu akak aku tahu aku buat nih semua tuk dia. Aku buat hanya kerana Allah. Walaupun kami baru sahaja berkenalan belum ckp pun persahabatan kami setahun, Tapi ntah kenapa ada sesuatu yg menarik ku ingin membantu akak aku. Walaupun kadang2 aku sering terasa bila akak aku menegur ku. Tapi bg aku, akak aku baik dia Cuma ingin aku bersifat terbuka. Semakin lama kami mengenali, kami semakin akrab. Tambah lagi, aku di sini xpunya sesiapa. Ketika aku mengenali akak tu, aku dh rasa dia seorang yg sgt baik. Aku dh anggap akak tuh mcm akak aku sendiri. Lagipun aku x pernah ada seorang kakak. Jadi bila aku dpt seorang kakak yg sgt baik mcm dia. Aku bersyukur sgt pd Allah sebab Allah pertemukan aku dengan seorang insan yg baik bernama kakak . Aku x tahulah adakah kakak tuh anggap aku seperti adiknya. Aku x kisah dengan semua tuh. Yg penting aku dh rasa seronok bila ada seorang kakak yg baik.
Semasa di KLCC, aku x expect pun ape2..aku Cuma mahu melaksanakan tugas aku sebagai seorang adik yg menolong kakaknya. Allah Maha Besar, sempena bulan baik ni, aku terserempak dengan umat yg sudah lama tidak ku temui. Sudah lama ku dh temui mereka. Allah mmg Maha Besar. Allah telah aturkan semuanya tuk aku.. Aku bertemu dengan umat telah lama tidak ku temui. Bayangkan aku boleh berselisih bahu dengannya. Tapi dia tidak mengenali aku. Walaupun dulu aku kecil lagi, tp aku masih boleh mengecam raut wajahnya. Kenapa dia tidak mempeduli aku???Aku sedar aku bukanlah sesiapa di matanya. Aku berasal dr keluarga biasa. Aku bukanlah sesiapa. Golongan ternama seperti Datin Seri, PM dan lain2 org atsan. Aku memerhati gerak geri mereka dr jauh. Aku x mahu menegurnya kerana pastinya mereka akan berasa jijik dengan kehadiran aku. Kawan aku sering berpesan pd aku. Kamu ni cubalah berfikiran positif. Tapi aku tahu sgt dengan perangainya. Biarlah aku sj menjauhinya. Kini, aku tahu Allah Maha Besar, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang,.. Allah telah mempertemukan aku dengan mereka. Lihatlah kebesaran Allah. Aku semakin yakin, Allah sayangkan umatnya walaupun umatnya sering mengingkariNYa. Teringin benar hati ku ingin bertemu dengan NYA. Sebabnya setiap kali Allah membantu aku, pasti berlinang air mata aku dengan kebaikan Allah. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah sahabat baik ku.
Monday, October 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment