Tuesday, October 14, 2008

Belajar..

Assalammua’laikum..

Aku x tahu mcm mana nk ceritakan kegembiraan aku pada semua. Awal tahun lalu, ketika aku mula menjejakkan kaki aku di ibu Negara. Aku x boleh menerima kehidupan aku di sini. Aku benci sgt bila aku terpaksa survive sendiri di tgh lautan. Setiap hari aku penuh dengan kebencian, kemarahan dan ketidak puas hatian aku. Aku x pernah memandang cabaran yg aku terima ini sebagai ujian dr Allah kepada umatnya dalam kehidupan. Pantang dapat peluang hujung minggu, setiap hari jumaat selepas office hour pasti keinginan untuk aku pulang ke kampong ku lah yg membuatkan aku rasa betul2 gembira. Bila sampai di rumah, setiap kali aku menatap wajah ceria ibu bapaku, aku rasa cukup bersemangat. Hilang sebentar rasa stress dan tekanan dalam diri aku. Bila tiba hari ahad tatkala petang, jiwa ku penuh dengan kegelisahan, kebencian dan kemarahan. Sebab aku mmg benci sgt dgn kehidupan di kota yg penuh sesak. Higher lifestyle membuatkan aku rasa tertekan sgt due to the low payment that I have to accept dlm menimba pengalaman kerja. Alhamdulillah, aku berjaya bertahan dengan cabaran kerja yg sgt mencabar walaupun pada mulanya, aku bercadang untuk melepaskan kerjaya aku. Setelah 5 bulan aku bekerja, senior aku mengatakan aku tidak pandai, sgt2 lembap. Aku mula rasa aku x mampu lagi nak meneruskan kerjaya aku di sana. Aku beranikan diri aku melepaskannya dengan begitu sj tanpa ada ape2 backup job di sisi ku. Kawan2 yg sama bekerja dengan ku menasihatkan aku spy ada backup job sebelum merancang melepaskannya. Tarikh aku untuk diconfirmkan semakin hampir, tapi disebabkan aku rasa tidak selesa di situ, seakan ada sj org yg ingin sabotaj aku. Aku membuat keputusan untuk melepaskan jawatan pertama aku. Aku mmg sedih sgt pada masa tuh sebab aku harus bermula lagi dengan pencarian aku untuk membantu kedua ibu bapaku. Mungkin jua, aku dh berputus asa dengan keadaan dan dugaan yg aku terima dr ALLAH. Setelah aku gagal untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku belajar menerima hakikat. Redha dgn ujian ALLAH. Aku tahu, ALLAH mahu aku berjaya dalam setiap ujian yg diberinya. Kadang2 aku rasa aku x mampu melaluinya. Aku x tahu apa yg harus aku buat. Aku terima kegagalan aku dengan tenang hati. Dalam hati aku, hanya ada ALLAH. Aku mula mengenal rapat ALLAH ketika aku mula ditimpa ujian hebat sewaktu aku di kampus dulu. Aku tahu aku bukanlah seorang umat yg taat pada ALLAH…tp aku sgt percaya pada ALLAH sebab ALLAH maha PENGASIH, maha PENYAYANG. DIA MAHA BESAR. Aku bukanlah seorang ustazah yg pakar dalam hal ehwal agama, namun aku tahu kehidupan kita ini akan menjadi indah bila kita sentiasa berusaha ke arah kehidupan dan redha dengan keputusan ALLAH. Itulah yg aku belajar.