Tuesday, October 14, 2008

Weekend



Hujung minggu, aku tidak balik ke kg halaman aku kerana aku menjangkakan kesesakan yg sentiasa berlaku dalam perjalanan dr Kuala Pilah ke Kuala Lumpur pada setiap minggu pertama awl bulan. Tambahan lagi, ketika ini semua umat islam masih dalam mood raya. So, weekend aku, diisi dengan memasak dan mengemas rumah selain menonton televisyen sambil mendengar lagu. Dulu aku x pernah memasak tatkala arwah nenek ada, aku Cuma membantu arwah mengupas bawang dan menyediakan bahan2 masak. Sama juga, ketika ibuku berada di dapur. Aku hanya menolongnya dengan menyediakan bahan2 masakan. Setelah semuanya siap, ibuku shj yg bertanggungjawab memasak semua hidangan untuk kami sekeluarga. Bukan aku x kesian pada ibu ku, tp aku mmg rasa malas kerana masakan ibuku adalah terbaik dan paling sedap di dunia. Jika aku masak pastinya hilang selera kami sekeluarga. Tambahan lg, aku x berani betul terima kritikan dr ayah aku. Walaupun sebenarnya, ayah aku Cuma berhasrat untuk memberi perangsang pada aku di masa hadapan kelak menjadi isteri. Seorang isteri haruslah pandai memasak.
Then bila aku belajar berdikari di sini, aku mula menunjukkan bakat aku untuk memasak. Tambahan lagi, aku dikurniakan adik2 baru. Aku mula merasa ada tanggungjawab yg harus aku buat. Aku harus belajar memasak, memberi contoh dan teladan yg baik buat adik2 aku. Walaupun, aku boleh sj mengendahkan adik2 aku tu, sebab mereka bukan ada pertalian darah dengan aku. Tapi, aku mula ada perasaan sayang dan kasih pada adik2 aku. Aku rasa bertanggungjawab sebagai seorang kakak. Mungkin org di sekeliling aku anggap aku x relevan buat kerja sia2. Tetapi pada aku, aku rasa bertuah sebab aku dipertanggungjawab menjadi seorang kakak kepada adik2nya. Ntah bila perasaan kasih dan sayang tuh wujud terhadap adik2 aku. Masa berlalu cukup pantas sekali, aku pun dh mula rapat dan mesra dengan adik2 aku. Kadang2, aku rasa nk ckp pada adik2 aku bahawa aku nk sj jdkan mereka adik2 aku. Tapi, siapalah aku bagi mereka. Aku pun x mampu nak beri mereka ape2. Pastinya aku x layak untuk mereka. Oleh itu, impian dan keinginan aku biarlah menjadi impian ku shj yg ingin mempunyai adik2 perempuan. Sebenarnya, dalam hati aku, aku ingin benar punya adik dan kakak. Aku x pernah merasainya. Aku puteri kesayangan keluarga ku. Teman aku dr kecil sehingga kini hanyalah akak dan adik sepupu ku yg menjadi teman berbicara dan sepermainan dengan ku. Alhamdulillah, ketika aku sampai di sini, aku punya adik2…aku rasa seronok sgt. Aku sayang sgt pada adik2 aku.
Oh lupe pulak nak cerita, hujung minggu yg lalu, aku dan adik ku berjogging dr kawasan perumahan ku sampai ke UM. Wah, best sgt!!! lama dh aku x berjogging. Rasa sihat plak dan bersemangat setelah bersenam. Mujur adik aku nk teman aku bersenam. Kami makan di kampus UM. Jarak nye x lah jauh sgt..dlm setengah jam dr rumah aku hingga ke UM.

Mmg seronok sgt. Tgh hari tuh pulak, aku memasak dibantu pula dengan adik2 aku. Kami memasak sup ayam, kangkung goreng, sambal belacan, ikan berlada, sambal ikan bilis dan minuman air sirap sebagai penghapus dahaga.
Byk btl kami makan, adik2 aku pun rasa gembira dengan menu istimewa pada hari tuh..Aku pun bersyukur sgt, aku Cuma harap adik2 aku gembira shj. Petang tuh, kami gembira sgt sambil membuat riadah ringan bersama2. Maghrib diisi dengan solat dan akhirnya isyak sampai lah keesokan harinya. We just continue with our daily life.
Ape2 pun korang, aku rasa seronok sgt, sebab aku dh ada adik. Aku Cuma harap aku punya kakak yg baik. Teringin plak nak ada kakak…mesti best..hehehe.

Belajar..

Assalammua’laikum..

Aku x tahu mcm mana nk ceritakan kegembiraan aku pada semua. Awal tahun lalu, ketika aku mula menjejakkan kaki aku di ibu Negara. Aku x boleh menerima kehidupan aku di sini. Aku benci sgt bila aku terpaksa survive sendiri di tgh lautan. Setiap hari aku penuh dengan kebencian, kemarahan dan ketidak puas hatian aku. Aku x pernah memandang cabaran yg aku terima ini sebagai ujian dr Allah kepada umatnya dalam kehidupan. Pantang dapat peluang hujung minggu, setiap hari jumaat selepas office hour pasti keinginan untuk aku pulang ke kampong ku lah yg membuatkan aku rasa betul2 gembira. Bila sampai di rumah, setiap kali aku menatap wajah ceria ibu bapaku, aku rasa cukup bersemangat. Hilang sebentar rasa stress dan tekanan dalam diri aku. Bila tiba hari ahad tatkala petang, jiwa ku penuh dengan kegelisahan, kebencian dan kemarahan. Sebab aku mmg benci sgt dgn kehidupan di kota yg penuh sesak. Higher lifestyle membuatkan aku rasa tertekan sgt due to the low payment that I have to accept dlm menimba pengalaman kerja. Alhamdulillah, aku berjaya bertahan dengan cabaran kerja yg sgt mencabar walaupun pada mulanya, aku bercadang untuk melepaskan kerjaya aku. Setelah 5 bulan aku bekerja, senior aku mengatakan aku tidak pandai, sgt2 lembap. Aku mula rasa aku x mampu lagi nak meneruskan kerjaya aku di sana. Aku beranikan diri aku melepaskannya dengan begitu sj tanpa ada ape2 backup job di sisi ku. Kawan2 yg sama bekerja dengan ku menasihatkan aku spy ada backup job sebelum merancang melepaskannya. Tarikh aku untuk diconfirmkan semakin hampir, tapi disebabkan aku rasa tidak selesa di situ, seakan ada sj org yg ingin sabotaj aku. Aku membuat keputusan untuk melepaskan jawatan pertama aku. Aku mmg sedih sgt pada masa tuh sebab aku harus bermula lagi dengan pencarian aku untuk membantu kedua ibu bapaku. Mungkin jua, aku dh berputus asa dengan keadaan dan dugaan yg aku terima dr ALLAH. Setelah aku gagal untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku belajar menerima hakikat. Redha dgn ujian ALLAH. Aku tahu, ALLAH mahu aku berjaya dalam setiap ujian yg diberinya. Kadang2 aku rasa aku x mampu melaluinya. Aku x tahu apa yg harus aku buat. Aku terima kegagalan aku dengan tenang hati. Dalam hati aku, hanya ada ALLAH. Aku mula mengenal rapat ALLAH ketika aku mula ditimpa ujian hebat sewaktu aku di kampus dulu. Aku tahu aku bukanlah seorang umat yg taat pada ALLAH…tp aku sgt percaya pada ALLAH sebab ALLAH maha PENGASIH, maha PENYAYANG. DIA MAHA BESAR. Aku bukanlah seorang ustazah yg pakar dalam hal ehwal agama, namun aku tahu kehidupan kita ini akan menjadi indah bila kita sentiasa berusaha ke arah kehidupan dan redha dengan keputusan ALLAH. Itulah yg aku belajar.

Monday, October 6, 2008

Salam Aidilfitri 2008

Salam Lebaran Buat Semua,

Sudah lama jgk sy x mengemaskini blog sy. Bkn ape, disebabkan pendrive sy telah sy borrow pada akak senior sy. So x dapatlah sy nak mengupdate blog sy. Harap2 rakan2 blog tak tertunggu2lah news and story frm me..Hehehe.
Obviously, raya tahun nih macam biasa je..simple and sempoi je. Bedanya, sy have to work during raya eve but half day jelah. Agak sedih jgklah sebab have to work that day while most of my working colleagues and ppl at the city dh take leave. However, due to the responsibility which I had to take as an employee. So, I m willing to work..hehehe. (Dalam hati punya lah excited nk cuti raya..hoho)
On first day raya, biasalah tunggu my cousins dtg umah. Ingat dia org x dtg umah sebab malas nk singgah. Mujur singgah jgk..huhu. Alhamdulillah. Kalau x singgah pun, sy x kisah sgt sebab siapalah sy and my family. Kami pun bkn org penting, cuma selaku adik je. Lagipun, kami pun jarang p umah cousin kami sebab kami duduk kg while my cousin duk taman. Hence, dia org lah yg selalu dtg umah kami celebrate raya or any festivals. Raya pertama tuh jenuh gak nak layan tetamu. Bese r ramai gak yg dtg, then masuk hari kedua,ketiga and seterusnya macam biasalah mmg ada jgk yg sudi melakukan amalan ziarah nih.Alhamdulillah. Sebenarnya u all, sy x rasa dh nikmat raya semeriah dulu sewaktu sy kecil dahulu. Sebab ape tahu x??pertamanya Amalan ziarah mmg dh x hebat mcm dulu lg. Yelah most of the ppl skrg lebih suka spend time p holiday while raya or duduk umah tgk tv je. Zaman dah berubah, dunia dh maju. Tradisi dan amalan2 baik makin pudar x sehangat waktu dahulu. Suasana raya hambar. Nilah luahan rasa hati sy. Ntah kenapa, sy pun kurang semangat nk beraya. So most of the times, sy duk umah jelah layan tetamu.hahaha. K lah, sy pun dh letih and sleepy sgt sebab je br je sampai umah. Jammed jgk td frm Kuala Pilah to Kuala Lumpur..Huhu. Tp sabar jelah..huhu..happy sebab ada seseorg yg jd inspirasi sy,yeah!!!.
Till here, cont nxt story. Chao. :P
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Something that i found..

Hari Sabtu sepatutnya aku telah membuat rancangan dengan rakan sekerja aku untuk berjalan2 di sekitar Kuala Lumpur. Namun demikian, kita tahukan pepatah ada menyebut, kita hanya mampu merancang ttp Allah tentukan segalanya. Rancangan aku mengajak kawan ku untuk menemani ku membeli belah terpaksa dibatalkan. Selain itu, rancangan aku ingin mengambil buku dr kawan ku di KLCC mujur berjalan lancar. Sebenarnya, aku telah berdusta pada akak aku. Aku kata aku hendak berjalan2 dengan kawan ku di KLCC tp sebenarnya tidak. Aku telah membohonginya. Aku rasa bersalah sgt, tp aku sedar perbuatan aku bukanlah niat untuk membohonginya. Aku buat ats kerelaan aku sendiri. Aku x mahu akak aku tahu aku buat nih semua tuk dia. Aku buat hanya kerana Allah. Walaupun kami baru sahaja berkenalan belum ckp pun persahabatan kami setahun, Tapi ntah kenapa ada sesuatu yg menarik ku ingin membantu akak aku. Walaupun kadang2 aku sering terasa bila akak aku menegur ku. Tapi bg aku, akak aku baik dia Cuma ingin aku bersifat terbuka. Semakin lama kami mengenali, kami semakin akrab. Tambah lagi, aku di sini xpunya sesiapa. Ketika aku mengenali akak tu, aku dh rasa dia seorang yg sgt baik. Aku dh anggap akak tuh mcm akak aku sendiri. Lagipun aku x pernah ada seorang kakak. Jadi bila aku dpt seorang kakak yg sgt baik mcm dia. Aku bersyukur sgt pd Allah sebab Allah pertemukan aku dengan seorang insan yg baik bernama kakak . Aku x tahulah adakah kakak tuh anggap aku seperti adiknya. Aku x kisah dengan semua tuh. Yg penting aku dh rasa seronok bila ada seorang kakak yg baik.
Semasa di KLCC, aku x expect pun ape2..aku Cuma mahu melaksanakan tugas aku sebagai seorang adik yg menolong kakaknya. Allah Maha Besar, sempena bulan baik ni, aku terserempak dengan umat yg sudah lama tidak ku temui. Sudah lama ku dh temui mereka. Allah mmg Maha Besar. Allah telah aturkan semuanya tuk aku.. Aku bertemu dengan umat telah lama tidak ku temui. Bayangkan aku boleh berselisih bahu dengannya. Tapi dia tidak mengenali aku. Walaupun dulu aku kecil lagi, tp aku masih boleh mengecam raut wajahnya. Kenapa dia tidak mempeduli aku???Aku sedar aku bukanlah sesiapa di matanya. Aku berasal dr keluarga biasa. Aku bukanlah sesiapa. Golongan ternama seperti Datin Seri, PM dan lain2 org atsan. Aku memerhati gerak geri mereka dr jauh. Aku x mahu menegurnya kerana pastinya mereka akan berasa jijik dengan kehadiran aku. Kawan aku sering berpesan pd aku. Kamu ni cubalah berfikiran positif. Tapi aku tahu sgt dengan perangainya. Biarlah aku sj menjauhinya. Kini, aku tahu Allah Maha Besar, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang,.. Allah telah mempertemukan aku dengan mereka. Lihatlah kebesaran Allah. Aku semakin yakin, Allah sayangkan umatnya walaupun umatnya sering mengingkariNYa. Teringin benar hati ku ingin bertemu dengan NYA. Sebabnya setiap kali Allah membantu aku, pasti berlinang air mata aku dengan kebaikan Allah. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah sahabat baik ku.

Farewell



Salam semua,

Hari ni x da ape2 yg istimewa sgt nk sy ceritakan cuma pg2 lagi dah ada perasaan marah dan geram terhadap pemandu yg x berhemah..Pagi2 lagi senonong je bawak kereta. Kot kereta besar Mercedes x pa gak ni idak kete kecik je..ape lah main masuk je simpang sedang sy menuju ke ofis.Mentang2 sy jalan kaki aje, main ignore jelah org jalan kaki sebelah mata. Cube one day sy plak buat gitu..mesti org marahkan..ape lah pk lah pjg masa bwk kereta jgn ego kat jalan raya je..nk jd hero konon.Berani masuklah race beb saing p oversea. Ni setakat jaguh kat jalan di Malaysia je..apa ada??ye x?Bengang dgn org yg berlagak bagus padahal x sedar diri.Ramai lg lebih baik dr dia. Sedar ckit!!!!ee nih yg geram nih. Alah, malas lah nk cerita org yg berlagak bagus nih..

Nak cerita pasal kawan baik sylah yg akan bertolak pd 17hb nih p UK..Tahniah ek..Akhirnya, cita2 awk tercapai jgk.Sy tumpang gembira sebagai seorang kawan. Terima kasih byk sepanjang sy berada di kampus dulu. Awklah yg byk membantu dan penasihat sy sehingga hari nih. Lihatlah kebesaran Allah,akhirnya impian u tercapai jgk..Alhamdulillah. Sebenarnya, sy x tahu nak ckp ape pd u, cume di hati sy mmg sedih sgt,hanya Allah sj yg tahu perasaan sy bila u kata nk p oversea. Setiap kali bila sy ada masalah, u bg advice reply my email, bercucuran air mata sy jatuh dgn kata2 perangsang awk. Sekarang nih, awk dh nk p jauh..dh hilang lah semangat yg sentiasa menjadi perisai pd sy. Sedih sy. Masa sy terima msg kata awk nk hantar kad raya pd sy lagilah sy sedih..sedih sgt.Terharu sgt. Dh lama dh sy dh x jumpa awk, cume teringat bila ada org yg iras2 awk kat tempat kerja sy. Sy pun x tahulah mcm mana nk balas budi awk..Sy Cuma harap sy mampu galas advice and semangat yg awk beri pada sy. Sy harap sy berjaya mcm awk, InsyaAllah. Semoga perjalanan awk ke sana dipermudahkan Allah..Take Care di sana .

Berbuka Di Izzi Pizza



Pada 24hb lalu, alhamdulillah sy bersyukur sgt pd Yg Esa. Yelah gj masuk pada waktu tuh. Patutlah bersyukur ye x?? Kalau kita fikir kita susah org lain lg susah pada kita, tulah pesan akak senior pada sy. Ape lagi, masa tuh ingat nk siap lah budget raya nih…tiba2 pagi tuh kawan sy Sherie ajak p IZZI Pizza kat Bukit Bintang. Nak kata x nak, x best plak..so on je lah..lalalala..Mula2 ingat makan pizza..x kan lah kot..ye x kawan2x. Sah2 lah bukan. So kuar ofis lambat jgk r..dlm kul 6 ptg, hanging around kat Sg Duit, usha2 ape yg patut nk dibeli. Tp masing2 pun jimat gak sebab beli benda yg penting je. Then tertarik pada satu kedai nih Elanto…Wah, hg tuk barang2 facial nih murah beb.Promotion. Sy tertarik pada eye shadow dia..mmg class and murah je. Tp sy x belilah..sj usha je dulu. Sy x lah terburu2 nk beli. Lgpun duit sy pun bukan beribu2 or berjuta pun. So nk beli pun ikut prioritylah..
Nanti sy poskan pic dia ok.

Nasib lah kawan sy Shakky dh reserved tmpt tuh awl2, kalau x alamatnya mmg xdapeklah nak makan jawab nya.
Hahaha.