Wednesday, December 26, 2007

Imbasan 2007

Salam kepada semua…

Tinggal beberapa hari lagi sj kita akn mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2007..pasti tahun ini membawa bnyk erti dan kenangan buat kita…ape2 pun masa yg berlalu takkan mungkin kembali lagi…Pasti kita sedang mengimbau kembali apakah kejayaan yg kita kecapi,dugaan yg kita tempuhi ataupun kita biarkan sj masa dan peristiwa berlalu pergi tanpa mengenang kembali..kita terus hadapi tahun kita yg seterusnya dengan situasi dan hari2 yg sama sj tanpa mahu sebarang perubahan..terpulang kepada individu tersebut…
Cerita sebalik tahun 2007 yg ingin sy kongsi bersama..
Ketika tahun berlalu pergi bagai air sungai yg sentiasa mengalir..dari dulu hingga sekarang..apa yg sy pelajari hingga kini…
Jika ibu bapa yg baru mempunyai anak2 kecil pastinya setiap hari mereka akan menghitung hari untuk melihat kedewasaan mereka..
Jika kita menjadi anak kecil itu pastinya pendidikan lah yg paling utama kita kejarkan..
Jika kita menjadi remaja pasti lah penghabisan pendidikan yg kita kejarkan sehingga kita berusaha untuk mencapai pendidikan yg tertinggi dan termampu.
Jika kita seorang dewasa, pastinya kita habiskan waktu kita dengan kerjaya masing2, komitmen yg patut kita beri dan berusaha untuk menampung hidup kita sedaya mampu..
Sebenarnya banyak yg boleh dilakukan oleh seorang dewasa dalam setahun tuh…terpulang kpd individu itu..
Jika kita seorang tua pastinya kita sedang menghitung apakah yg belum kita laksanakan lagi..
Begitulah kitaran hidup manusia..ketika tahun demi tahun ia berlalu pergi…

Bagi saya tahun saya dilahirkan hingga sekarang saya berasa bersyukur dengan apa yang ada pd sy..Bagi saya tahun 2007 membawa makna kepada sy erti masa, matlamat, misi dan visi seorang manusia…
Tahun 2007 banyak kenangan manis mahupun pahit yg saya lalui..

KENANGAN MANIS 2007
Awl tahun 2007, semester baru bermula bagi seorang pelajar kampus masuk tahun ketiga semester 6, Tahun 2007 adalah tahun terakhir sy akan menghabiskan pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang IT..
Matlamat sy adalah memastikan sy dapat menghabiskan pengajian sy dlm tempoh tiga tahun..Seterusnya memastikan sy mengecapi kejayaan dalam peperiksaan semester dengan jayanya berbanding sem2 sebelumnya..itulah matlamat sy..
Pertengahan Tahun 2007
Memulakan praktikum, ketika menjalani praktikum banyak benda yg sy pelajari, seronok sebab dapat berkenalan dengan org2 baru bestlah..macam2 perkara yg saya belajar..ape yg paling seronok bila bekerja dalam bidang IT..walaupun stress tapi hasilnya cukup dgn kepuasan..Mencabar tapi Berbaloi…
September 2007
Tamat praktikum..best sebab dah selesai praktikum..tamat pengajian jgak..
November 2007
Keputusan diumumkan, wah bestnya..Alhamdullillah dah dapat apa yg diimpikan..
Terima kasih pada guru2, pensyarah2, sahabat2, keluarga terutama sebab mereka byk mengajar , memberi dorongan kepada saya..
Disember 2007
Misi seterusnya bermula…mula kan dengan langkah pertama..Perancangan dan persediaan menghadapi apa yang akan berlaku seterusnya..
Lakukan yg terbaik, dan akhirnya berserah pada Allah yg Maha Esa..

KENANGAN PAHIT 2007
Jika kita tak melalui kepahitan tentunya kita tidak akan berjaya dan kita takkan dapat belajar dari kesalahan kita..Meskipun pahit tapi pastinya kejayaan tak datang dengan mudah tanpa usaha kita akhirnya membawa kenangan paling manis buat kita..
Tak seharusnya kita melupakan kenangan pahit itu sebab ia lah yg mengajar kita dan menyebabkan kita berfikir dan harus sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada..

Oklah guys..
Apa2 pun pastinya 2007 membawa makna bagi kita semua setiap org..Jgn toleh ke belakang, belajarlah dari kesilapan, bina azam yg baru, wujud satu semangat yg baru, bentuk diri kita supaya memperoleh sesuatu yg terbaik buat diri kita untuk tahun baru yg akan menjelma….Renung sejenak masa terdahulu, Teruskan langkah kita untuk kita ke peringkat seterusnya..
Kenangan pahit dan manis adalah perencah kehidupan..hahaha

Kehidupan dan Masa adalah matlamat hidup manusia..Tapi bagaimanakah kehidupan kita????..Aha, hanya kita sjlah yg mampu mencoraknya dan tentukan coraknya dan Masa itu kita guna sebaiknya..
Akhir sekali kita berserah pada Allah yg Maha Esa kerana Dialah penentu segala2 nya..
Hanya Allah sj yg Maha Mengetahui….

Okay, itu sj cerita saya..last but not least..this is our life after all…
Wassalam..bye2..



No comments: