Saturday, December 29, 2007

Berdiri,Berjalan, Melangkah dan Berlari..

Waktu kita mula nak berdiri…byk kali kita jatuh,jatuh dan jatuh je??knpe?knpe?knpe kita tak dapat berdiri dengan jayanya..
Bila dah byk kali kita jatuh..barulah kita dapat berdiri dengan sempurna..knpa permulaan tuh sukar sgt?knpa ye??waktu kita berdiri, masa kita harap ada org boleh pimpin kita..tapi tak da sape pun..kita berdiri,kita jatuh..akhirnya sebab nak sgt berdiri dan terpaksa berdiri, kita gagahkan diri walaupun kita menangis waktu kita jatuh sebab sakit tapi untuk buktikan kita juga boleh berdiri dengan sempurna, kita akhirnya dapat berdiri jgak..
Apabila kita dapat berdiri, kita menjadi tidak puas, kita nak berjalan..kita berjalan, berjalan dan cuba berjalan..waktu kita berjalan kita harap ada org pimpin kita tapi tidak ada, dan kita terus berjalan keseorangan..masa berjalan kita berjalan macam org mabuk maseh goyak..tapi setelah byk kali latihan, kita berlatih berjalan akhirnya kita dapat berjalan dengan sempurna..dalm perjalanan mcm2 perkara yg kita nampak,tapi perjalanan mana yg kita nak tuju??tak pasti, sebab kita tak tahu apa ada di setiap perjalanan kita, kita terus berjalan perlahan2 dgn hati yg maseh takut tapi kita kuatkan semangat untuk berjalan…
Kemudian kita melangkah..setelah kita mula dapat berjalan, kita rase apa itu saja ke yg mampu kita buat?kita cuba melangkah..melangkah dengan langkah kecil..setelah kita mampu melangkah,kita rase seronok, kita cuba langkah dengan langkah lebih besar dan akhirnya kita mampu berlari tanpa ada sesiapa di sisi kita..
Ketika berlari berseorangan, kita berasa tidak seronok, kita perlukan saingan untuk menguji kemampuan kita,kita berlari bersama2 saingan..kita berlari dan berlari sekuat2 hati kita akhirnya kita berjaya,kita berjaya,kita berjaya..kita lah yg tuju ke garisan penamat..
Tetapi sedang kita cuba berdiri, berjalan, melangkah dan berlari adakah kita dapat buat semua tuh dengan sekali je?tak, kita belajar dari kegagalan, kita gagal,kita gagal,kita gagal!!!!tapi sebab kita nak sgt semua keupayaan tuh, kita buat,kita buat dan akhirnya kita dapat..tapi waktu kita sakit,luka, cedera parah dan kdg2 hampir mati..kenapa tak da sapa yg mampu tolong kita..Cume ada satu je yg mampu tolong kita iaitu usaha, semangat dan Allah yg mampu tolong kita.Bila kita dah mampu??kita ingat tak Dia??kita lupa, lupa sebab kita bangga dengan diri kita yg mampu..
Simpulan dr cerita ini, sy harap sy bkn mcm tuh tak mudah lupakn Dia…sebab setinggi2 mana kita terbang, bknlah kita dapat terbang dengan senang Cuma Dia yg Mampu tolong kita..Apabila terlalu tinggi kita terbang tanpa kita mengingati pesanannya, kita akhirnya jatuh dengan seteruk2nya sebab kita tak ingat yg dialah yg membuatkan kita terbang tinggi..Boleh kah kita berdiri semula?????

Wednesday, December 26, 2007

Imbasan 2007

Salam kepada semua…

Tinggal beberapa hari lagi sj kita akn mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2007..pasti tahun ini membawa bnyk erti dan kenangan buat kita…ape2 pun masa yg berlalu takkan mungkin kembali lagi…Pasti kita sedang mengimbau kembali apakah kejayaan yg kita kecapi,dugaan yg kita tempuhi ataupun kita biarkan sj masa dan peristiwa berlalu pergi tanpa mengenang kembali..kita terus hadapi tahun kita yg seterusnya dengan situasi dan hari2 yg sama sj tanpa mahu sebarang perubahan..terpulang kepada individu tersebut…
Cerita sebalik tahun 2007 yg ingin sy kongsi bersama..
Ketika tahun berlalu pergi bagai air sungai yg sentiasa mengalir..dari dulu hingga sekarang..apa yg sy pelajari hingga kini…
Jika ibu bapa yg baru mempunyai anak2 kecil pastinya setiap hari mereka akan menghitung hari untuk melihat kedewasaan mereka..
Jika kita menjadi anak kecil itu pastinya pendidikan lah yg paling utama kita kejarkan..
Jika kita menjadi remaja pasti lah penghabisan pendidikan yg kita kejarkan sehingga kita berusaha untuk mencapai pendidikan yg tertinggi dan termampu.
Jika kita seorang dewasa, pastinya kita habiskan waktu kita dengan kerjaya masing2, komitmen yg patut kita beri dan berusaha untuk menampung hidup kita sedaya mampu..
Sebenarnya banyak yg boleh dilakukan oleh seorang dewasa dalam setahun tuh…terpulang kpd individu itu..
Jika kita seorang tua pastinya kita sedang menghitung apakah yg belum kita laksanakan lagi..
Begitulah kitaran hidup manusia..ketika tahun demi tahun ia berlalu pergi…

Bagi saya tahun saya dilahirkan hingga sekarang saya berasa bersyukur dengan apa yang ada pd sy..Bagi saya tahun 2007 membawa makna kepada sy erti masa, matlamat, misi dan visi seorang manusia…
Tahun 2007 banyak kenangan manis mahupun pahit yg saya lalui..

KENANGAN MANIS 2007
Awl tahun 2007, semester baru bermula bagi seorang pelajar kampus masuk tahun ketiga semester 6, Tahun 2007 adalah tahun terakhir sy akan menghabiskan pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang IT..
Matlamat sy adalah memastikan sy dapat menghabiskan pengajian sy dlm tempoh tiga tahun..Seterusnya memastikan sy mengecapi kejayaan dalam peperiksaan semester dengan jayanya berbanding sem2 sebelumnya..itulah matlamat sy..
Pertengahan Tahun 2007
Memulakan praktikum, ketika menjalani praktikum banyak benda yg sy pelajari, seronok sebab dapat berkenalan dengan org2 baru bestlah..macam2 perkara yg saya belajar..ape yg paling seronok bila bekerja dalam bidang IT..walaupun stress tapi hasilnya cukup dgn kepuasan..Mencabar tapi Berbaloi…
September 2007
Tamat praktikum..best sebab dah selesai praktikum..tamat pengajian jgak..
November 2007
Keputusan diumumkan, wah bestnya..Alhamdullillah dah dapat apa yg diimpikan..
Terima kasih pada guru2, pensyarah2, sahabat2, keluarga terutama sebab mereka byk mengajar , memberi dorongan kepada saya..
Disember 2007
Misi seterusnya bermula…mula kan dengan langkah pertama..Perancangan dan persediaan menghadapi apa yang akan berlaku seterusnya..
Lakukan yg terbaik, dan akhirnya berserah pada Allah yg Maha Esa..

KENANGAN PAHIT 2007
Jika kita tak melalui kepahitan tentunya kita tidak akan berjaya dan kita takkan dapat belajar dari kesalahan kita..Meskipun pahit tapi pastinya kejayaan tak datang dengan mudah tanpa usaha kita akhirnya membawa kenangan paling manis buat kita..
Tak seharusnya kita melupakan kenangan pahit itu sebab ia lah yg mengajar kita dan menyebabkan kita berfikir dan harus sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada..

Oklah guys..
Apa2 pun pastinya 2007 membawa makna bagi kita semua setiap org..Jgn toleh ke belakang, belajarlah dari kesilapan, bina azam yg baru, wujud satu semangat yg baru, bentuk diri kita supaya memperoleh sesuatu yg terbaik buat diri kita untuk tahun baru yg akan menjelma….Renung sejenak masa terdahulu, Teruskan langkah kita untuk kita ke peringkat seterusnya..
Kenangan pahit dan manis adalah perencah kehidupan..hahaha

Kehidupan dan Masa adalah matlamat hidup manusia..Tapi bagaimanakah kehidupan kita????..Aha, hanya kita sjlah yg mampu mencoraknya dan tentukan coraknya dan Masa itu kita guna sebaiknya..
Akhir sekali kita berserah pada Allah yg Maha Esa kerana Dialah penentu segala2 nya..
Hanya Allah sj yg Maha Mengetahui….

Okay, itu sj cerita saya..last but not least..this is our life after all…
Wassalam..bye2..



Wednesday, December 19, 2007

Salam Aidiladha....

Salam semuanya…

Setelah sekian lamanya saya tidak mengemaskini blog sy..hari ini terdetik hati sy nak menceritakan sesuatu.
Manusia sememangnya layak diuji Allah SWT..kadang kala kita hampir rebah ketika musibah menimpa, air mata kita sj yg mampu menceritakan dan membawa pergi sebentar masalah kita..ketika rohani lemah dari segala-galanya..Muncullah ia iaitu kekuatan atau cahaya untuk pertolongan iaitu DOA.
DOA merupakan titian rindu yang muncul dalam jiwa syahdu seorang hamba kpd Ilahi, sekaligus sebagai gerbang untuk menyampaikan permohonan dan permintaan dalam memenuhi segala keperluan hidup. Ketika jiwa gersang di dalam kedukaan dan cita-cita hancur dlm harapan yg hampa, maka pancaran iman akan mengabulkan segala kehendak dan keinginan.
Luahan hasrat dalam relung makrifat membuahkan redha yang akan menyampaikan segala impian. Kecintaan yang mendalam dan penyerahan diri yang ikhlas merupakan pengakuan seorang hamba disisi Allah. Di saat tadbir hijab telah terbuka maka segala hajat dimakbulkan bagai bintang berjatuhan memenuhi isi dunia.
Sempena Hari Raya Aidiladha yng bakal menjelma tak lama lagi, simpulan dari peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS patuh dengan suruhan Allah SWT..kita juga seharusnya ke arah itu sanggup melaksanakan perintah Allah..Bukan itu saja byk lagi peristiwa yg seharusnya kita ambil iktibar pengorbanan seorang ibu Siti Hajar yg berlari-lari anak dari bukit marwah ke bukit safar untuk mencari air bg anaknya Nabi Ismail AS,akhirnya berkat usaha dan doa..muncullah air suci yg diberi nama air zam-zam di tanah suci Makkah..Akhirnya kota Makkah dikenali sehingga ke hari ini, dan tuntutan rukun islam yg kelima bagi semua umat islam yg berkemampuan melaksanakannya..
ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR..ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR..Allah penentu segalanya..
Sekian sahaja cerita sy..kita cerita lagi di lain masa..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA BLOGGERSSSSSS……