Wednesday, December 19, 2007

Salam Aidiladha....

Salam semuanya…

Setelah sekian lamanya saya tidak mengemaskini blog sy..hari ini terdetik hati sy nak menceritakan sesuatu.
Manusia sememangnya layak diuji Allah SWT..kadang kala kita hampir rebah ketika musibah menimpa, air mata kita sj yg mampu menceritakan dan membawa pergi sebentar masalah kita..ketika rohani lemah dari segala-galanya..Muncullah ia iaitu kekuatan atau cahaya untuk pertolongan iaitu DOA.
DOA merupakan titian rindu yang muncul dalam jiwa syahdu seorang hamba kpd Ilahi, sekaligus sebagai gerbang untuk menyampaikan permohonan dan permintaan dalam memenuhi segala keperluan hidup. Ketika jiwa gersang di dalam kedukaan dan cita-cita hancur dlm harapan yg hampa, maka pancaran iman akan mengabulkan segala kehendak dan keinginan.
Luahan hasrat dalam relung makrifat membuahkan redha yang akan menyampaikan segala impian. Kecintaan yang mendalam dan penyerahan diri yang ikhlas merupakan pengakuan seorang hamba disisi Allah. Di saat tadbir hijab telah terbuka maka segala hajat dimakbulkan bagai bintang berjatuhan memenuhi isi dunia.
Sempena Hari Raya Aidiladha yng bakal menjelma tak lama lagi, simpulan dari peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS patuh dengan suruhan Allah SWT..kita juga seharusnya ke arah itu sanggup melaksanakan perintah Allah..Bukan itu saja byk lagi peristiwa yg seharusnya kita ambil iktibar pengorbanan seorang ibu Siti Hajar yg berlari-lari anak dari bukit marwah ke bukit safar untuk mencari air bg anaknya Nabi Ismail AS,akhirnya berkat usaha dan doa..muncullah air suci yg diberi nama air zam-zam di tanah suci Makkah..Akhirnya kota Makkah dikenali sehingga ke hari ini, dan tuntutan rukun islam yg kelima bagi semua umat islam yg berkemampuan melaksanakannya..
ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR..ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR..Allah penentu segalanya..
Sekian sahaja cerita sy..kita cerita lagi di lain masa..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA BLOGGERSSSSSS……

No comments: